fbpx

Gambar: Penggambaran Filem Manisnya Cinta Di Konya & Capadoccia, Turki

Nampak cubaan kami menggabungkan nama filem dan tajuk artikel kali ini? Okay hambar. Filem Manisnya Cinta Di Capadoccia baru sahaja habis penggambaran di bumi Turki yang menjelajah Konya & Capadoccia.

Jika sebelum ini ada kongsikan beberapa keping gambar yang di’bekalkan pihak produksi menerusi laman rasmi Facebook filem ini, kali ini teraju utamanya kongsikan koleksi gambar mereka di Turki.

BACA: Sekitar Penggambaran Manisnya Cinta Di Lokasi Kuala Lumpur

Nur Fazura menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat manis beliau ketika berada di lokasi penggambaran filem ini yang di’arahkan oleh Bernard Chauly & skripnya dikarang oleh Rafidah Abdullah.

Manisnya Cinta Di Capadoccia menampilkan Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Faisal Hussein dan Josiah Hogan sebagai teraju utama untuk jalan cerita filem ini selain barisan pelakon yang lain.