fbpx

Gambar: Neelofa & Fahrin Ahmad Dalam Filem Pilot Cafe

Filem yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Osman Ali yang baru sahaja menjalani penggambaran bermula pertengahan bulan ini menampilkan pelakon baru yang berbakat seperti Izara Aishah  dan juga Neelofa merupakan filem dari adaptasi novel terkenal, Ahadiat Akashah berjudul “Pilot Cafe”.

Mereka digandingkan bersama dua pelakon lelaki yang ternyata punyai aura tersendiri iaitu Fahrin Ahmad dan juga Dato’ Eizlan Yusof.

Untuk mereka yang kurang pasti, Neelofa memegang watak sebagai Sharmila manakala Izara Aishah sebagai Maya yang akhirnya jatuh cinta pada seorang lelaki yang sama iaitu Fahrin Ahmad (Ameer).

Banyak lagi insiden manis dan romantik bakal terjadi di dalam filem ini yang pasti akan menjadi satu lagi filem pecah panggung seperti “Ombak Rindu” dan juga “Lagenda Budak Setan”.