fbpx

Gambar Mesra, Zahirah Macwilson Ada Kekasih Baru?

Selepas hubungan cintanya dengan pelakon berbadan sasa Zul Ariffin berakhir sebulan lalu, Zahirah Macwilson dilihat tidak mudah melatah dengan isu yang dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu.

Walaupun hubungan cinta yang dibina selama 3 tahun itu tidak kesampaian, Zahirah memberitahu sebelum ini dia tidak pernah serik untuk bercinta dan jejaka yang bakal mencuri hatinya akan muncul pada masanya nanti.

BACA: Zahirah Macwilson Idam Lelaki Kelakar, Tak Kacak

Nampaknya hati Zahirah sudah pun dicuri apabila da desas-desus mengatakan Zahirah kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

https://www.instagram.com/p/BjcnZ2Mg76I/?utm_source=ig_embed

Menerusi Instagram ahli perniagaan itu,  beberapa gambar bersama Zahirah dimuat naik menunjukkan mereka berdua sedang menyambut sambutan jadinya di sebuah restoran mewah di ibu kota.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari Zahirah mengenai siapa jejaka tersebut di hatinya. Jika benar mereka bercinta, kami mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.