fbpx

(Gambar) Lan Bersama Kumpulan Baru, Azlan & The Type Writer

Lan yang sebelum ini di’kenali menerusi band Meet Uncle Hussain (MUH) kini bergerak dengan kumpulan baru bernama Azlan & The Type Writer.

Entah kenapa nama kumpulan ini agak aneh & panjang, namun menurut Lan, nama kumpulan ini nampak lebih serius & mereka menetapkan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

Azlan & The Type Writer akan muncul dengan album pertama ‘Peta Minda’ awal tahun hadapan.

“Kami sedang menyiapkan album penuh yang sudah siap 70 peratus dan baru menjalani proses ‘mastering’ dan ‘mixing’ dengan memuatkan 11 buah lagu”

“Antara lagu-lagu itu adalah single pertama, ‘Kelibat Si Penyair’, ‘Jiwa’ dan ‘Lipstik, Plastik, Kosmetik’ yang digubah oleh saya dan produser Lake”

Harap kumpulan ini mampu mengumpul peminat sebagaimana ketika Lan bersama MUH. Lagi gambar dari mStar Online selepas ini.