fbpx

Gambar Lakonan Jadi Viral — Kamal Adli Nafi Kahwin Emma Maembong

Gambar lakonan antara Kamal Adli dan Emma Maembong yang anda boleh lihat di atas sebenarnya sudah dimuat naik dan menjadi perhatian ramai sejak April 2015 lagi namun baru baru ini ada pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa ianya gambar pernikahan sebenar mereka.

Ramai peminat mula bertanyakan kembali kesahihan gambar tersebut lebih lebih kini Kamal Adli & Emma Maembong semakin rapat dan tidak menolak sebarang kemungkinan jika ada jodoh antara mereka suatu hari nanti. Namun, gambar itu masih sebahagian lakonan.

BACA: Adik Sokong Hubungan Baik Emma Maembong, Kamal Adli

“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya,” ujar Kamal Adli kepada Harian Metro hari ini.

“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT,” tambahnya lagi. (rtky/m)