fbpx

Gambar: Kereta Milik Hafiz AF7 Hancur, Tetap Beraksi Untuk AJL 25

Ya. Itu Honda Accord milik Hafiz AF7 yang terlibat dengan kemalangan baru-baru ini di Lebuh Raya Penchala, KL.

Menurut Hafiz AF7, beliau mengaku memandu laju ketika pulang dari rehearsal Anugerah Juara Lagu 25 kerana mahu pulang cepat ke rumah.

Ketika dalam keadaan laju, kereta beliau berhadapan dengan sebuah kenderaan yang bergerak perlahan dalam arah yang sama & untuk mengelak, kereta Honda Accord beliau harus terbabas.

Hafiz AF7 mengalami kecederaan agak serius di leher namun keadaan beliau stabil dan di’nasihatkan doktor untuk berehat sekurang-kurang’nya 5 hari.

“Tinggal 4 hari lagi sahaja AJL akan berlangsung, saya mahu cepat sembuh dan tidak kira apa pun saya tetap mahu perform dan beri yang terbaik untuk lagu Nokhtah Cinta, Ahad ini.”

Terima kasih ribuan lemon buat SelebriTweets atas tips ini & jika anda punyai tips menarik untuk kami, e-mailkan sahaja atau melalui Twitter @rotikaya.