fbpx

Gambar: Jason Mraz Bicara Prinsip Album Baru, Hibur Peminat Malam Ini

Gambar: Jason Mraz Bicara Prinsip Album Baru, Hibur Peminat Malam IniPengalaman bertemu Jason Mraz dan mendengar tentang prinsip beliau dalam berkarya membuatkan penyanyi ini terus berada dalam senarai wajib minat kami.

Jason Mraz berada di Malaysia sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Tour Is Four Letter Word yang mempromosikan album terbaru beliau, Love Is Four Letter Word.

Pemenang Grammy Award sebanyak dua kali ini bakal menghiburkan peminat beliau buat kali kedua selepas konsert sekitar 2009 malam ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Di’tanya pihak media tentang inspirasi beliau menulis muzik untuk album terbaru ini, Jason Mraz berkata kebanyakkan karya terbaik beliau adalah hasil ketika beliau bosan.

“Bila saya rasa bosan & merasa tertekan, saya sedar yang hidup saya berada di’tahap yang mana saya kurang lakukan aktiviti kreatif. Maka saya akan mula menulis, bermain muzik, melukis & mencipta karya saya,” ujar beliau.

Jason Mraz turut mengakui yang beliau kini tidak lagi berkarya untuk berjaya secara komersial atau wang tetapi lebih berkongsi sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan kita semua hari ini — cinta sesama manusia.

Lagi gambar Jason Mraz yang sempat kami rakam untuk tatapan anda selepas ini & jika anda hadir ke konsert malam ini, jumpa anda di Stadium Merdeka. Enjoice!