(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih M. Jegathesan – AFP)

Perhatian: Kami buka ruangan komen untuk semua beri pendapat secara berhemah. Adukan sebarang komen tidak enak di’baca kepada kami. Tindakan sewajarnya akan di’ambil. Terima kasih.

Ini sebenarnya sesuatu yang melampau untuk kami anggap sebagai satu realiti di’Malaysia. Tapi, ia’nya terjadi.

Menurut laporan M. Jegathesan (AFP), gereja yang terletak di’pinggir Kuala Lumpur ini terbakar secara sabotaj dengan menggunakan bom. Dasyat bukan?

Di’percayai 4 buah gereja lain turut di’serang tengah malam tadi selain Gereja Metro Tabernacle, Kuala Lumpur.

Laporan turut mengaitkan kejadian ini dengan gerakan protes seluruh Malaysia yang bakal berlangsung hari ini menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut agama lain.

Saksi mengatakan yang mereka nampak 4 orang memecahkan kaca gereja tersebut & melontarkan bahan letupan. Mereka menaiki dua buah motorsikal.

Kejadian yang berlaku tengah malam tadi walaubagaimanapun tidak meragut sebarang nyawa atau mengakibatkan kecederaan.