fbpx

Gambar: Fasha Sandha Tepis Dakwaan Reka Laporan Polis, Tampil Bukti

Nampaknya masih belum reda drama sensasi minggu ini yang melibatkan aktress panas, Fasha Sandha. Namun kali ini melibatkan beberapa orang blogger & wartawan.

Tiga buah blog menulis tentang laporan polis Fasha Sandha yang di’dakwa sebagai tidak wujud dalam simpanan pihak polis.

Rakan media kami OHBULAN!, Hazrey & Mazidul Akmal menulis tentang persoalan laporan polis yang di’dakwa di’lakukan Fasha Sandha terhadap seorang wanita yang di’dakwa mengugut untuk mencederakan beliau.

Ramai termasuk kami pasti wanita yang di’maksudkan adalah Nora Danish dek kerana drama yang sedang berlangsung sepanjang minggu ini.

Namun, laporan polis yang di’kemukakan oleh Fasha Sandha seperti gambar di’atas bertarikh 14 Februari 2008, jam 6.15 pm ini turut menimbulkan tanda tanya.

Selain kandungan laporan polis yang tidak di’dedahkan (kami pasti atas alasan kandungan sulit), pihak polis nampaknya mengambil masa agak lama untuk selesaikan kes ini.

Jadi, jika benar ini laporan polis yang Fasha Sandha maksudkan beberapa hari lepas, apakah status siasatan sekarang?