Nampaknya Fasha Sandha menunaikan janji beliau untuk mendedahkan bukti tentang hubungan beliau dengan Rizal Ashram (Jejai) & membalas dakwaan Nora Danish.


Dalam screenshot Blackberry milik Fasha Sandha ini, membuktikan yang mereka berdua masih berhubung sehingga pertengahan Januari lalu dan seolah olah menafikan hubungan mereka berakhir sejak Oktober 2010.

Di’bawah ini menunjukkan durasi perbualan antara Fasha Sandha & Jejai yang berlangsung hampir satu jam dan Fasha Sandha menafikan yang perbualan itu hanya bertanya khabar.

Adakah bukti perhubungan mereka ini membawa apa apa erti dalam konteks yang mereka hari ini sebenarnya sudah tiada apa apa? Anda nilaikan sendiri.

Dan, berikut adalah jawapan terbaru dari Fasha Sandha apabila kami minta beliau dedahkan SMS ugutan yang kami andaikan datang dari Nora Danish.

Beliau ada menyebut isi kandungan SMS tersebut mengandungi ugutan untuk mencederakan Fasha Sandha dan kini sedang dalam siasatan pihak polis.

HOLY SHIT!