Terdahulu, beberapa nama selebriti tanah air terpalit dengan kes pengubahan wang haram berikutan mereka menjalinkan hubungan baik atau berkawan terbabit.

Terbaru, foto yang muat naik oleh pelakon Emma Maembong mengundang tanda tanya netizen apabila bergambar dengan pasangan yang dikatakan terbabit dengan kes wang haram.

BACA: Emma Maembong Menangis Anak Pandai Sebut ‘Mama’

Tidak dinyatakan lanjut mengenai hubungannya dengan pasangan tersebut, Emma dilihat telah menutup ruangan komen entri berkenaan. Difahamkan, majlis tersebut diadakan bagi meraikan ‘baby shower’ pasangan tersebut.

Apa pun bersangka baik sajalah, mungkin mereka hanya berkawan baik atau hanya kenalan rapat. Asalkan tidak melakukan perkara tidak baik atau perkara yang melanggar undang-undang.