Sebelum ini ada yang menyampah sangat dengan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal sehinggaa menyunting wajahnya menjadi anjing dan babi.
Kali ini wajahnya disunting dengan tubuh lelaki lain yang hanya berseluar dalam pula. Iqbal berkata tindakan individu yang berbuat demikian sudah melampau.
BACA: Menyampah Sangat Sampai Muka Iqbal Disunting Jadi Anjing, Babi
“Ini bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan.
“Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun FB baru? Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti seekor babi, namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal turut meminta pertoloongan netizen untuk membuat laporan tentang akaun palsu di Facebook itu.
Kata Iqbal lagi, meskipun kini dia memilih untuk bertenang, namun dia merasakan sudah tidak sesuai lagi untuk menetap di Malaysia.
“Tolong saya cuba report akaun tersebut. Saya cuba cari sekarang tidak dapat jumpa mungkin mereka sudah sekat saya.
“Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apaun saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah. Bertubi-tubi ujian buat saya. Saya betul-betul perlukan semangat kali ini,” katanya.