fbpx

Gambar: Di Sebalik Tabir KL Gangster 2

Kmai boleh katakan saat ini yang filem KL Gangster 2 adalah filem paling di’nanti peminat untuk tayangan tahun 2012.

Kejayaan KL Gangster sekitar Jun 2011 lalu dengan kutipan hampir RM12 juta menyakinkan Syamsul Yusof untuk terbitkan prekuel kepada filem tersebut.

Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama dari filem pertama, KL Gangster 2 turut menampilkan aktor kegemaran ramai Rosyam Nor yang memegang watak Tailong.

Oleh kerana filem ini di’nanti ramai, pastinya ada antara anda yang berminat untuk melihat aksi aksi pelakon KL Gangster 2 di’belakang tabir & di set penggambaran yang di’jalankan sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang & Perak.

Filem aksi yang menelan belanja RM 3 juta ini akan menjalani penggambaran selama 45 hari dan bakal di’tayangkan sekitar pertengahan tahun 2012.