Kepada yang belum tahu, sekarang ini sedang berlangsung resepsi perkahwinan pertama Fasha Sandha & Rizal Ashram di kampung halaman pengantin perempuan, Perlis.

Resepsi yang hanya menjemput lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada keluarga, peminat dan media ini mengambil tempat di Tasoh Lake Resort & Retreat.

Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) selamat di’ijabkabulkan pada 27 April lalu di sebuah majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Dalam majlis persandingan yang sederhana tetapi meriah ini, Fasha Sandha mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini & tidak mengenakan kasut tumit tinggi atas permintaan suami.

Kami akan cuba bawakan secepat mungkin gambar gambar sekitar majlis resepsi ini yang kami peroleh daripada beberapa sumber laman sosial dan Fasha Sandha sendiri. Enjoice!

Kredit Foto: @syifaqsaha, @tieya_berry, @tehayzhn, Murshid Eunos, Fasha Sandha & Murai.com.my