Kami mungkin sedikit slowpoke tetapi kami ada gambar bakal suami Rabecca Nur Al Islam. Heh.

Dalam pengumuman penuh bermakna dalam sidang media tempohari, Rabecca mendedahkan siapa bakal suami beliau.


Lelaki bertuah tersebut ialah Nor Azam Datuk Sulaiman, 42 yang mempunyai kerjaya sebagai peguam & ahli perniagaan.

Rabecca Nur Al Islam yang berusia 25 tahun mengakui sudah berkenalan selama tiga tahun bersama bakal suaminya yang berstatus duda.

Perkahwinan pasangan ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 14 Januari 2011 & tahniah dari kami di Rotikaya.com buat pasangan bahagia ini.

Jika ada kerusi kosong untuk kami, jangan segan jangan silu untuk jemput kami makan nasi minyak. Kami janji tidak akan makan banyak. :)