fbpx

Gambar Ashraf Muslim Dan Kedua Dua Isteri Dapat Perhatian Ramai

Dalam tempoh 72 jam ini, keluarga kecil Ashraf Muslim kembali menerima perhatian ramai bermula dengan isu isteri keduanya yang berkongsi gambar perut hamil di Instagram

BACA: Isteri Ashraf Muslim Perjelas Isu Tayang Perut Di Instagram

Awal petang tadi, Ashraf Muslim menerusi akaun Facebook beliau memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan kehadiran kedua dua isterinya ke lapangan terbang untuk menghantar dirinya (?) yang bakal menunaikan umrah.

Lebih menarik, buat pertama kali Ashraf Muslim sudi untuk mengambil gambar bersama kedua dua isterinya untuk tatapan ramai dan tindakan ini menarik perhatian para peminat yang melihat.

“Saya akan bertolak ke Tanah Suci sebentar lagi. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi. Saya sayang kamu berdua. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. Allah akan sentiasa bersama kita,” tulis Ashraf Muslim.

Rata rata peminat yang meninggalkan komen berkata mereka lega dengan perkembangan positif rumahtangga Ashraf Muslim selain memuji kedua dua isterinya yang tidak menimbulkan drama walaupun berkongsi kasih sayang suami. Berikut gambar untuk tatapan anda. (rtky/m)