Terlalu muda ‘kekasih’ baru Nabil ini untuk terjebak dengan isu gambar aksi panas ini. Nabil pula memberikan alasan yang kurang matang — superimpose.

Ini bukan zaman 90’an lagi Nabil yang mana ada orang terlebih rajin untuk superimpose awak gambar dengan aksi complicated sebegitu.


Berikut adalah petikan laporan Berita Harian hari ini;

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya.

Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini.

Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.


Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.