15,000 Peminat Terhibur Dengan Persembahan Big Bang Di KLTidak salah jika kami katakan yang konsert Big Bang Alive Galaxy Tour ini merupakan konsert terbesar yang di’adakan di bumi Malaysia sepanjang tahun ini.

Dengan kehadiran peminat melebihi angka 15,000 orang, Big Bang berjaya meninggalkan kenangan paling manis buat semua peminat mereka di Malaysia malam tadi.


Mengambil tempat di Stadium Merdeka, KL kehadiran Big Bang ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka jelajah Asia mereka — Big Bang terbang dari Manila, Filipina.

Di’anjurkan oleh Running Into The Sun, konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 ini menelan belanja RM4 juta dan mendapat tajaan serta sokongan penuh Samsung Galaxy.

Menampilkan 30 lagu popular mereka sepanjang konsert, persembahan bertenaga Big Bang malam tadi memang layak dengan jolokan selebriti Asia paling berpengaruh di’dunia.