fbpx

Dalam skala antarabangsa, istilah seksi tidak sah kalau tidak di’kaitkan dengan jenama pakaian dalam popular Victoria’s Secret & baru baru ini mereka tampil dengan senarai seksi.

Senarai What Is Sexy? telah memasuki tahun ketujuh untuk 2012 dan bidadari Victoria’s Secret seperti biasa menjalankan kerja mereka menyenaraikan pilihan mereka untuk siapakah selebriti Hollywood paling seksi masa kini.

Menariknya, senarai ini mempertaruhkan 18 kategori dengan tema seksi yang pelbagai daripada senyuman paling seksi, kaki paling seksi sehinggalah selebriti bergelar ibu paling seksi.

Teruskan menjenguk ke galeri gambar yang kami sediakan untuk melihat selebriti Hollywood manakah yang terpilih ke senarai What Is Sexy? untuk 2012.