Fynn Jamal Tak Minat Hidup Lama, Takut Banyak Dosa

Penyanyi, Fynn Jamal berkongsikan di Instagram menerima daripada doa yang berharap agar ibu kepada dua cahaya mata itu dipanjangkan umur dan boleh menjaga anaknya,  Arjuna.

Menerusi sesi soal jawab itu, Fynn membalas dimana dia meminta dari Allah agar diselamatkan dari usia tua.

BACA: “Mengenang Tak Salah Tapi Jangan Sampai Obses” – Fynn Jamal

Menurut Fynn, dia tidak berminat untuk hidup lama kerana bimbang semakin banyak dosa yang akan dilakukan.

“Tapi akak mintak Allah selamatkan akak dari usia tua. Akak tak minat nak hidup lama-lama. Lagi banyak dosa.  Cumanya selagi Juna hidup, rasa risau nak ajal awal. Harap Allah ambik Juna lekas-lekas,” tulisnya.

×