Penyanyi Fuad Rahman berkata dia tidak menggalakkan isterinya, Tom untuk menyanyi di kelab malam selepas mereka mendirikan rumah tangga sejak Februari lalu.
Memetik Oh Bulan, Fuad berkata dia tidak mahu isterinya menerima kata-kata kecaman serta negatif daripada netizen.
BACA: “Dah Saya Hodoh, Nak Buat Macam Mana” – Tom
Menurut Fuad lagi, biarlah dia yang sedaya upaya menguruskan isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, sebagai suami dia yang bertanggungjawab pastikan isterinya tidak tertekan.
“Bila kita bekerja menyanyi di kelab malam ni kadang-kadang kita tak tahu yang kita ni akan dapat kata-kata yang positif atau pun negatif dari orang sekeliling. Jadi pada saya lebih baik Tom tak terlibat lagi dan saya akan cuba sedaya upaya untuk uruskan Tom dan anak-anak.
“Saya tak nak nanti in future orang kata begitu begini sebab nanti yang geram pun kita juga. Bila jadi suami ni kalau dapat komen yang negatif tu sikit-sikit kita okay lagi tapi bila dah terlalu extreme tu pun tak boleh juga.
“Sebagai seorang suami, saya kena jalankan tanggungjawab demi memastikan isteri saya tak stres di kemudian hari,” katanya.
Dalam pada itu, Fuad dan Tom menegaskan bahawa mereka tidak pernah menghina individu yang bekerja di kelab malam kerana mereka juga mula menyanyi di sana.
“Saya dan Tom tak menghina mereka yang kerja menyanyi di kelab, tidak. Cuma apa yang saya pesan pada Tom ialah, ‘Nama awak dah mula dikenali orang di kaca tv jadi awak kena jaga sikit’.
“Sebab bila kita nyanyi di kelab orang akan rakam video dan kita jadi viral. Kita tak sentuh air tu pun orang boleh kata kita sentuh jadi saya hentikan demi kebaikan Tom dan anak-anak.
“Kami lagi sekali nak cakap yang kami tak hina ke apa sebab kami pun (berasal) dari sana dan kadang-kadang bila kami rindu dengan suasana nyanyian sebegitu kami akan tengok sahabat-sahabat kami.
“Mereka pun di sana hanya menyanyi dan tidak melakukan seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang di luar sana.