fbpx

“Dah Saya Hodoh, Nak Buat Macam Mana” – Tom

Penyanyi Tom mengakui terkilan wajahnya dihina hodoh oleh seorang rakan selebriti sehingga dia mengambil pendekatan bersemuka dengan individu berkenaan.

Memetik Kosmo, Tom atau nama sebearnya Raja Farah Afzan berkata dia tidak sangka ada rakan dalam industri bertindak memburuk-burukkannya. 

BACA: “Dulu Hamil 9 Bulan pun Boleh Pergi Clubbing Lagi” – Tom 

Menurut Tom, dia sudah pun bersemuka dengan individu  berkenaan dan artis itu sudah pun meminta maaf.

“Saya pun baru tahu perkara ini daripada kawan-kawan dalam industri sendiri, tapi tak perlu saya sebutkan namanya kerana perkara ini sudah pun selesai.

“Cuma saya terkilan apabila orang yang kita kenal tikam belakang. Walaupun dia tidak mengakui perkara itu, dia sudah meminta maaf.

“Saya tahu saya tak cantik, asalkan cukup sempurna di mata suami dan anak-anak, tapi tak perlu jaja ke sana sini mengutuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Tom berkata dia sudah biasa berdepan dengan hinaan namun emosinya cepat tersentuh apatah lagi dirinya sedang hamil.

“Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah sebagai ibu yang sedang mengandung sekarang saya cepat sangat emosi.

“Saya pun tidak mahu perbesarkan isu ini sebab masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana. Walaupun saya sedih, tak mengapalah kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan,” katanya.

Sebelum ini, Tom ada memuat naik posting meluahkan rasa sedih apabila dihina kononnya tidak memiliki rupa paras menawan.