fbpx

Frontliner ‘Awan Biru’ Pun Orang Penting Jugak!

Sedar tak sedar hampir 6 bulan kita ‘berperang’ dengan COVID 19 ni. Confirm tahun 2020 memang betul tinggalkan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Dengan PKPP yang berterusan hingga bulan Disember ni, masing-masing mesti mengharapkan wabak ini hilang!

Dalam kita menghadapi norma baharu ni, macam yang kita tahu lah, geng frontliner sentiasa berada di saf depan untuk membantu ‘memulihkan’ keadaan wabak ini.

Tapi anda jangan buat-buat lupa pulak, pramugari pun frontliner dan petugas saf depan di awan biru. Mereka ni pun berkorban jugak semasa pandemik COVID-19 ni berlaku tau. Mereka akan sentiasa pastikan penumpang sentiasa berada dalam keadaan baik. Langkah berjaga-jaga sentiasa menjadi sebab utama.

Malah semasa wabak ini ‘datang’ kat negara kita pada pertengahan Mac, ada yang terpaksa diberhentikan kerja disebabkan penerbangan penerbangan terjejas teruk ketika wabak COVID-19 masih menular. Tapi mereka tetap boleh teruskan mencari rezeki, malah ada yang dah pun berbisnes!

Tugas Yang Berisiko

Sekarang ni kerajaan hanya benarkan penerbangan lokal sahaja beroperasi tapi dengan syarat, SOP perlu sentiasa dijaga!

Tugas sebagai pramugari ni sebenarnya sangat berisiko tinggi untuk dapat jangkitan COVID-19 sebabnya mereka dekat dengan penumpang. Tapi precaution yang mereka buat adalah sentiasa pakai pelitup muka, guna hand sanitizer dan sentiasa kerap basuh tangan.

Kalau tak buat semua benda ni, senang- senang jer virus ni nak melekat kan? Cuba anda bayangkan bila balik dari penerbangan mereka tak boleh nak terus peluk famili. Kena pastikan diri mereka ‘bersih’ dulu. Pakaian semuanya perlu dicuci, dan mereka pun perlulah bersihkan diri dulu. Lepastu barulah dapat jumpa famili.

Sentiasa Jaga SOP

Macam ni lah pengorbanan yang mereka tanggung. Betul lah orang cakap, COVID-19 ni betul-betul bagi kesan kepada sesiapa ja pun.

Jadi pada anda, jangan buat penularan wabak ni tak penting. Anda sebagai penumpang make sure patuhi SOP yang pihak penerbangan buat ketika ini okay.


Buat anda yang pergi bercuti sekarang ni, walaupun diberi kelonggaran, anda perlu pastikan sentiasa jaga SOP. Jangan kerana sikap degil anda tu boleh memudaratkan orang lain. Kita kena pastikan tiada penularan wabak di samping dapat merancakkan lagi ekonomi negara.

Sentiasa update dengan info tentang COVID-19 ni. Untuk tahu dengan lebih lanjut tentang info sihat berkaitan COVID-19, klik jer link ini okay!

Banyak info yang dapat bantu anda lebih fahami apa yang anda perlu buat dikala negara kita sedang dilanda COVID-19 ini. #Kitajagakita