fbpx

Fouziah Gous Selamat Timang Bayi Kedua

Tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous dan suami yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka semalam. Menerusi Instagram, Fouziah sempat berkongsikan berita gembira mendapat cahaya mata lelaki kedua. Difahamkan bayi tersebut dilahirkan pada 8.15 semalam.

BACA: Fouziah Gous Hamil Cahaya Mata Kedua

Rata-rata perkongsian itu menerima reaksi yang baik dari peminat yang membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Bagaimanapun menerusi entri media sosial pasangan ini juga masih tiada sebarang gambar bayi comel mereka.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fouziah dan suami diatas kehadiran cahaya mata kedua mereka. Makin meriahlah keluarga Fouziah nanti dengan tambahan ahli keluarga baru. Semoga kehadiran bayi kedua ini menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka. (rtky/w)