fbpx

Fouziah Gous Hamil Cahaya Mata Kedua

Tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous yang kini hamil cahaya mata kedua. Berita kehamilan tersebut telah dikongsi menerusi akaun Instagram beliau berserta gambar bayinya ketika melakukan ujian ultrasound.

ika menjalani ujian ultrasound.

Dalam perkongsian terbabit, rata-rata peminat gembira dengan berita berkenaan selain membanjiri ruangan komen pelakon itu mengucapkan tahniah dengan kehamilan kedua. Menerusi posting itu, nampaknya Fouziah masih tidak mengetahui jantina bayinya.

Apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fouziah dan suami di atas berita kehamilan bayi kedua. Semoga Fouziah diberikan kesihatan yang baik selama membawa kandungan di bulan puasa ini. (rtky/w)