Suami Terima Gelaran Datuk, Fouziah Gous Jadi Datin?
Menerusi perkongsian terbaru, Fouziah Gous di Instastory miliknya semalam, suaminya baru sahaja menerima anugerah bagi pencapaian beliau didalam bidang perniagaan. Namun apa yang menariknya, status suaminya yang baru sahaja bergelar Datuk Zhaf Yusof.
BACA: Fouziah Gous Selamat Timang Bayi Kedua

Di laman sosial, Fouziah sempat merakamkan beberapa momen-momen indah beliau bersama suami di majlis anugerah tersebut. Terpancar kegembiraan Fouziah yang kini juga sibuk bergelar usahawan dengan menjalankan perniagaan.

Dengan pencapaian suaminya dan gelaran Datuk yang dimiliki, Fouziah kini sudah bergelar Datin. Tapi sikap Fouziah dipuji peminat apabila beliau bersikap rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dengan gelaran yang baru diterima.

Tahniah diucapkan kepada Fouziah dan suami diatas anugerah dan gelaran Datuk yang diterima semalam. Semakin ramai gelaran Datuk di Malaysia, sampai tidak menang tangan nak mengira! (rtky/w)
- SUMBER
- Media Hiburan
MLM apa pulak ni
Manulife Unit trust.
Jual unit trust je boleh dapat Dato’ ??PASTU….?? Krikk…krikk…krikkl
Xyah la masuk unit teras…mkayakan agent je…yg melabur lum tentu dpt untung…simpan je dlm EPF je…
agent unit trust tak sekaya agent takaful/insurance.
kena pandai melabur, letak di fund equity, return lebeh dr 10%. Jgn letak kat bond/sukuk fund.
Apsal unitrust dia guna logo katon Garfield plak? X confident jek tngk… Jgn pasni jd cm “Datuk” Boy Iman punya kes dah le yer
Cept2 saya scroll balik nak tgk katun garfield.. hahahaha..
itu, image yg letak. je tu. yg femes yg jambang tu kekekkee. selalu ada area TTDI
Datuk ni Sultan/Raja negeri mana yg bg? Jgn negeri Pasir Berdegung yg bg dah laa!
Oo ni laki dia eh? Rupa Hafreez Adam kan?