fbpx

Fouziah Gous: Kalau Saya Baik Tak Pakai Macam Ini

Selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji September lalu, Fouziah Gous tampil manis berhijab. Namun baru-baru ini, sekeping foto yang dimuat naik oleh pelakon itu mendapat reaksi negatif netizen yang beranggapan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung dan bergelar hajah.

Menerusi Insta Story, Fouziah tampil menjelaskan pakaiannya itu tidaklah ketat seperti yang disangka netizen. Pelakon itu juga mengakui ada kalanya dia tidak sedar gambar yang diambil memperlihatkan bahagian yang ketat. Ujarnya lagi, dia bukan manusia sempurna dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

BACA: “Mohon Saya Terus Istiqamah Untuk Berhijab”

“Kadang-kadang tak sedar bila kita ambil gambar nampak lain sebab cahaya, warna, fabrik, sisi, bayang dan cara berdiri silang kaki atau macam-macam. Jadi nampaklah segala ketat itu ini, padahal jeans yang saya pakai ini normal dan high waist.

“Kalau saya ni baik tak pakai macam ni, dah terang-terang manusia yang jauh ketinggalan tetapi berusaha dan merangkak untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, gambar tersebut sudah pun dipadam bagi mengelakkan komen-komen negatif netizen. Dalam pada itu, Fouziah turut menyifatkan teguran netizen itu bukan cara yang baik kerana secara tidak langsung menghasut orang lain sama untuk turut berfikiran negatif.

“Biar kita jadi manusia yang sentiasa rendah diri, tidak sempurna daripada jadi manusia yang rasa diri sudah cukup baik. Aku tegur kerana Allah, aku tegur untuk kebaikan! Ya betul tapi sedarkah anda, ia menghasut fikiran orang secara tidak langsung.

“Kalau kerana Allah, doakanlah kesempurnaan seseorang bukan untuk saya tetapi kita semua. Tegur atau ingatkan sesama kita bukan melalui publik,” tulisnya.