"Mohon Saya Terus Istiqamah Untuk Berhijab"
Baru pulang dari mengerjakan haji baru-baru ini, Fouziah Gous tampak manis berhijab. Kongsi Fouziah, sebelum ini beliau pernah mencuba untuk berhijrah selepas beberapa kali menunaikan umrah tapi gagal dan kali ini Fouziah berharap dapat terus istiqamah untuk berhijab.
BACA: Fouziah Gous Kini Bergelar Datin?
“Insya-Allah. Doa baik-baik untuk hal ini. Saya bukan manusia yang sempurna. Sebelum ini, saya pernah mencuba termasuk selepas beberapa kali mengerjakan umrah. Malah, selepas berkahwin. suami menyuruh saya memakai tudung”
“Tapi saya tak mahu buat atas paksaan atau suruhan orang lain. Saya mahu lakukan secara perlahan. Biar saya menganjak ke hadapan, bukannya ke belakang. Cuma sebagai manusia, kita sentiasa mahu memperbaiki diri”
Selalunya ramai selebriti mengeluh tidak mendapat tawaran apabila sudah bertudung, tetapi Fouziah tawakal dengan penhijrahannya. Katanya, syukur kerana masih ada pihak yang menerima perubahannya dan meneruskan tawaran.
“Jika diikutkan, sebelum saya pergi menunaikan haji, memang ada produk yang menawarkan kerja. Cuma dengan keadaan sekarang, saya tawakal. Kalau ada rezeki, adalah. Bagaimanapun saya bersyukur ada dua produk yang menerima perubahan ini dan meneruskan tawaran,” katanya.
Di ruangan komen ramai memuji kecantikan pelakon ini yang manis berhijab sejak pulang menunaikan haji. Malah perkongsian gambar-gambar Fouziah juga kini semuanya menutup aurat dan berhijab penuh. (rtky/w)
- SUMBER
- berita harian online
Sebelum bertudung pn dh mmg tak laku. Nk guna alasan sbb bertudung ke takde orang pggl shooting? Lol
X elok down kan die sekurang kurangnya die tu Retis u tu nobody kesian orang minta doa yang baik kita bagi lah harapan untuk die. Jgn jadi pendengki ang busuk hati
nk hijab tk payah tunggu org doa kan yng perlu puan punya badan ..tu pun dia artis bis bukan artis macamana pulak dh hijab pun kena tunggu dari org luar ke
Alhamdulillah …Tahniah atas penghijraan..Semoga istiqomah…
Artis ni bodoooo…tak payah ulas isu mcm tu ler…kang ko tak mampu buat…ko kena kecam ngokkkk….isu2 bab agama ni ko jgn nak bg statement sgt kang makan diri…..ko buat jer mcm org biasa..tak payah layan sgt wartawan2 punya soalan tu…..
hahaha,cantik bahasa benjamin masdo tonggek ni
Semoga sentiasa dlm rahmat Allah.