fbpx

Foto Sindir Golongan LGBT, Afdlin Shauki Mohon Maaf

Isu transgender antara topik hangat yang menjadi bualan ramai di media sosial. Terbaru, pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki membuat permohonan maaf apabila pihak yang menguruskan media sosial miliknya memuat naik foto menyindir golongan LGBT di akaun Facebook.

Semalam, menerusi Facebook Afdlin Shauki, sebuah foto dimuat naik menyindir golongan LGBT dengan mengatakan tidak pada komuniti itu berserta kepsyen, “Biar gambar berbicara”.

Menjelaskan foto itu tidak dimuat naik olehnya, Afdlin meluahkan rasa kesal dan memberitahu akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas ‘jenaka’ tersebut memandangkan individu tersebut adalah sebahagian dari pasukannya.

 

“Saya sangat menyesal dan ingin memohon maaf kepada mereka yang terguris hati, termasuk rakan-rakan saya.

“Setiap orang ada pilihan mereka sendiri dan saya menerimanya. Ini (mengutuk komuniti LGBT) bukanlah perkara yang saya percayai, dan saya percaya ia bukan satu topik yang boleh dijadikan bahan jenaka,” katanya kepada Malay Mail.

Gambar tersebut sudah pun dipadam beberapa minit kemudian . Bagaimanapun, Afdlin hanya mendapat tahu tentang perkara itu apabila ada dikalangan rakannya meluahkan rasa kecewa dengan posting tersebut.