Sejak bercerai dua tahun lalu, pelakon Rashidi Ishak digelar sebagai duda hot oleh sesetengah netizen terutama peminat wanita. Mana tidaknya, meskipun sudah berusia 47 tahun, namun masih segak dan muda.
Sering berkongsikan fotonya sedang bersukan, pelakon Kampung People itu mengakui memang minat menjalani kehidupan sihat terutamanya sukan larian jarak jauh.
BACA: Dua Tahun Menduda, Rashidi Ishak Cari Pengganti Di Tinder?
Malah, Rashidi berkata dia begitu obses dengan aktiviti berkenaan dan menganggap hidupnya tidak lengkap tanpa bersukan. Ujar Rashidi lagi, dia pernah cuba aktiviti berbasikal namun tidak kena dengan jiwanya.
“Saya jatuh cinta dengan sukan ini dan obses, kalau sehari tak berlari rasa macam tak lengkap hidup saya.
“Sebenarnya saya pernah sertai sukan basikal tiga tahun lepas tapi ia tak bertahan dengan diri saya, ” katanya kepada mStar Online.
Fotonya bersukan membuatkan ramai wanita ‘cair’ dan memuji ketampanan pelakon itu, Rashidi berkata mereka berhak untuk memberikan apa sahaja komen.
“Hot ke? Tak ada lah. Orang nak komen, komenlah saya nak buat macam mana. Saya tak hot mana pun. Cuma Saya suka berkongsi pengalaman apabila sertai acara larian dan ramai mula DM saya bertanya tentang sukan ini,” katanya.
Sebelum ini, Rashidi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Vanidah Imran, pada 1 Oktober 2000 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan 17 tahun sahaja selepas disahkan bercerai pada Ogos 2018.