fbpx

Baby Shima Hairan Dibenci Sedangkan Tak Kacau Orang

Penyanyi dangdut Baby Shima meluahkan rasa hairan mengapa ramai membenci dirinya sedangkan dia tidak pernah menggangu apatah lagi menyusahkan orang lain.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata dia sudah tidak kuat lagi berdepan situasi berkenaan.

BACA: Bertatu Di Dada, Baby Shima Minta Netizen Nilai Sendiri

“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci saya sedangkan saya tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah kamu, tak pernah.

“Terus terang saya sudah tak kuat dengan apa yang saya sudah lalui sekarang. Boleh tak kamu rasakan apa yang saya rasa,” katanya.

Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang terus memberikan kata-kata semangat serta sabar dengan ujian tersebut.

Sementara itu, ada segelintir netizen berpendapat punca penyanyi itu dibenci kerana gelagatnya sendiri di media sosial yang dikatakan gedik.

“Kena berhenti jadi gedik-gedik. Jadilah seperti perempuan dan bukannya betina,” tulis netizen.

“Netizen cuma tak suka Shima kerap dan kuat sangat goyang kot,” kata netizen.

“Kamu yang pilih jalan ini. Nak jadi artis. Dunia artis memang begitu. Ada yang suka, ada yang benci. Lumrahlah semua itu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” tulis seorang lagi netizen.