fbpx

Foto Kesan Lebam, Coach Yin Didakwa Pukul Sajat?

Sejak semalam tular di media sosial apabila usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat berkongsikan foto bahagian tangannya yang lebam di akaun Instagramya. Sajat turut memuat naik posting mendakwa telah dipukul oleh seseorang dan memberitahu seluruh badannya lebam-lebam.

Kemudian Sajat ada memuat naik entri yang turut ditujukan kepada individu yang memukulnya dimana seolah-olah memberi gambaran bahawa kejadian dipukul itu bukanlah pertama kali.

BACA: Nur Sajat Jalani Pembedahan Di Hospital Wanita

Susulan perkongsiannya itu, rata-rata netizen mendakwa kejadian itu ada kaitan dengan kekasihnya, Coach Yin yang pada sama sama turut memuat naik kenyataan balas seakan ada kaitan dengan kejadian pukul tersebut.

Bagaimanapun, ada netizen yang mengikuti perkembangan Sajat dan Coach Yin mendakwa ia hanyalah sekadar gimik murahan kerana sebelum itu ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu bonda Rozita Ibrahim ada berkongsi video Sajat terjatuh dari tangga ketika sedang bercuti di Belanda.

Apa pun tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak Sajat telah dipukul dan jika ianya benar diharap Sajat segera membuat laporan polis.