Foto DP Tanpa Isteri, Engku Emran Unfollow Laudya Cynthia Bella
Sejak Februari lalu, rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran menjadi perhatian ramai apabila ada yang membuat spekulasi hubungan pasangan itu dilanda badai.
Ia susulan tindakan Laudya memadam kesemua fotonya bersama suami di Instagram termasuk gambar pernikahan mereka. Malah, timbul spekulasi mengatakan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.
BACA: Laudya Cynthia Bella Nak Jual Rumah RM3.6 Juta Kerana Muflis?
Nampaknya, kisah rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan ramai apabila netizen menghidu tindakan Engku Emran yang menukar foto profil (DP) di akaun Instagram miliknya. Sebelum ini, Engku Emran menggunakan gambar bertiga bersama Laudya dan anaknya, Aleesya.
Engku Emran juga turut menukar nama akaun Instagramnya yang sebelum ini @iamkumbre ditukar kepada @narmeukgne. Engku Emran juga tidak lagi mengikuti akaun Instagram isterinya, namun Laudya dilihat masih mengikuti Instagram suaminya.
Walaupun pelbagai khabar angin timbul mengenai rumah tangga mereka, bagaimanapun pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017. Sebelum itu, Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
- SUMBER
- mStar Online
DP tu bukan double penetration ke ??? Dengan sapo pulak Engku Emran ni double penetration ?? muehehe
let them be.. sebelum ni Bella ckp dia xnk dh letak gambar hubs dia sbb ramai sgt kaki sondol.. knp rotikaya ni xpaham2 nk ckp dorg ni di-ambang perceraian..
blh bayang x, klu hari2 ko duk keluar artikel cmni, xmustahil bella/engku imran tu x terasa!
ni dh taraf fitnah ni, org xbg statement, tp korg ASSUME dgn tgk IG, wow!! terrer bebenor..
ntah…. skrg ni apa2 skodeng IG, tak follow mula speculate mcm2, senang betul keje wartawan (x semua cuma wartawan yg suka buat gossip, fitnah cam gitu ler)
Pandai2 ler dia org nak bcerai ke apa, bkn kite duk serumah dgn dia org pon, bil pon masing2 bayar.
berlaki/ berbini pun ok.
menduda/menjanda pun ok.
x yah poning2
haha senang buat article. cedok kat ig je. org tu unfollow je kira news besar. ni dh mengundang fitnah