fbpx

Foto Berpelukan, Netizen Seru Uqasha & Kamal Adli Cepat Nikah

Keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai mahu melihat mereka bercinta di dunia realiti. Malah,

Bagaimanapun, baru-baru ini, perkongsian kedua pelakon itu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto mesra berpelukan bersama dalam satu sesi fotografi menggayakan aksesori serta jam tangan jenama popular.

BACA: “Tak Nak Buang Masa Bercinta, Rasa Suka Je Terus Kahwin”

Foto tersebut sekaligus membuatkan rata-rata netizen serta peminat teruja. Malah, ramai yang pada awalnya menyangkakan ianya gambar pre wedding. Dalam pada itu, ada yang suka melihat keserasian mereka berdua serta mendoakan agar mereka segera bernikah.

Terdahulu, hangat diperkatakan kedua pelakon itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan. Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang ada bertanyakan soalan tersebut pada Kamal dan Uqasha.

Bagaimanapun, Kamal menafikan perkara itu dan menganggap sekadar gurauan. Namun, Kamal berkata dia tidak menolak andai dijodohkan dengan Uqasha.