fbpx

Fizz Fairuz Sahkan Filem Nur Kasih, Ayu Raudhah Semakin Berisi

Dalam sesi live chat bersama peminat di’Gua.com.my petang tadi, Fizz Fairuz telah mengesahkan yang filem untuk Nur Kasih sedang dalam proses pembikinan.

Ini satu berita sahih yang menarik untuk jutaan peminat drama bersiri Nur Kasih ini. Filem ini akan mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti mana drama.

Khabir Bhatia nampak’nya bijak mencari peluang di’kalangan masyarakat Melayu yang dahagakan hiburan bermutu dari pengarah berbakat seperti beliau.

Dalam kisah yang lain, kemunculan Ayu Raudhah dalam sesi live chat ini turut mengundang isu tersendiri.

Rata-rata peminat perasan akan susuk tubuh & raut wajah Ayu Raudhah yang semakin berisi. Ayu Raudhah hanya tersenyum setiap kali soalan itu muncul.

Ada juga peminat yang mengusik perubahan itu dek kerana senang hati bercinta, Zaquan Adha.

Fizz Fairuz: Jangan tengok bontot dia, censored! (Dialog sebenar dari video)