Bertuah sungguh Almy Nadia apabila dikejutkan dengan hadiah sebuah kereta Toyota Vellfire daripada suami, Fizz Fairuz. Menerusi Instagram, Almy memuat naik gambar kereta tersebut berserta dengan ucapan terima kasih kepada suaminya yang bekerja keras membuat kejutan itu.

“Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat, katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Terima kasih sayang,” tulisnya.

Menurut Almy, kereta tersebut merupakan hadiah sempena ulangtahun kelahirannya yang sudah berlalu. Namun Fizz membuat keputusan untuk memberikan kejutan buatnya apabila memberitahu kereta itu miliknya. Rata-rata peminat turut tumpang gembira melihat keluarga bahagia ini.

Untuk pengetahuan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata kedua beberapa bulan lalu. Patutlah makin bertambah dan dimurahkan rezeki pasangan ini, mungkin rezeki anak-anak. Apapun tahniah buat Almy dan Fizz, tahun ini bolehlah melaram kereta baru di hari raya! (rtky/w)