Fizz Fairuz, Almy Nadia Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun
Umum mengetahui, baru-baru ini kerajaan memaklumkan ingin mendaptkan vaksin Pfizer buat kanak-kanak dibawah usia 12 tahun.
Perkara itu mendapat perhatian pelakon Datuk Fizz Fairuz yang meluahkan rasa bimbang serta tidak bersetuju kerana belum masanya lagi untuk memberikan vaksin untuk kanak-kanak.
BACA: Almy Nadia Tertekan, Fizz Fairuz Sakit Misteri Lepas Balik Shooting
“Pada pendapat saya, belum sesuai kot. Tak perlu kot untuk anak-anak sebab kesan dia terlalu kuat. Walaupun telah dikurangkan dos, tapi tetap beri kesan terhadap mereka.
“Orang dewasa pun tak tahan, inikan pula kanak-kanak. Mohon kerajaan pertimbangkan sebab kerajaan ni umpama bapa. Mohon juga, jangan diperketatkan dan jangan memaksa sebab ramai kanak-kanak dah ambil vaksin influenza, anak saya pun ambil,” katanya.
Sebelum ini, Fizz berkongsikan artikel laporan mengenai perkara itu. Isterinya, Datin Almy Nadia turut meninggalkan komen tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji.
“Anak-anak saya bukan tempat untuk kerjaan buat uji kaji ya. Kami yang kena cucuk vaksin pun tumbang bagai nak mati.
“Bayangkan anak-anak kecil kena walaupun dos dah dikurangkan tapi tetap sakit ya. Tolong ambil perhatian ya wahai kerajaan. Jangan ikut sedap perut saj nak buat anak-anak kecil ini bahan uji kaji. Maaf saya sangat emosi bab ni,” tulisnya.
- SUMBER
- mStar Online
Lantak la..anak2 ko …besok dpt variant delta plus satu family kena jgn nk cari frontliners gi telan ubat cacing!
Sekarang ni ramai rasa diri mereka lagi pandai dari doktor dan saintis.
Kalau tak setuju pun, DOK DIAM aje lah, NGOK!
Zombie Zakaria,
Kalau duduk diam sahaja, mcm mana gov tahu sama ada kita bersetuju atau tidak. Kenapa tak boleh bersuara memberikan pendapat? Lagipun, cara mereka pun bersesuaian dan pada pendapat saya, ia sopan dan tidak seperi cara kamu bercakap…
Memekak kt sini pun x guna dikk…