Fizo Omar Suruh Isteri Manjakan Diri Puas-Puas Sebelum Bersalin
Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, perkongsian isteri kepada Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjadi perhatian.
Menerusi entri itu, Fazeera mendedahkan Fizo memintanya supaya menghargai kecantikan diri dan manjakan diri sebelum bersalin.
BACA: Isteri Fizo Omar Dah Bertudung?
“Baru lepas berbual dengan suami malam sebelum ini. Dia beritahu ‘sebelum bersalin, saya nak awak yakin dan percaya pada diri sendiri.
“Pergi hargai kecantikan awak, solekkan kuku, rambut, dan manjakan diri sebanyak yang boleh, pergi ke spa. Awak layak dapat semua itu!” tulisnya.
Fazeera berkata wanita sangat dahagakan penghargaan serta pasangan mereka berada disisi dan bukannya hadiah. Malah, Fazeera turut memuji cara Fizo yang pandai menjaga hatinya serta menjadikannya seorang isteri bahagia.
“Cara dia meyakinkan saya dengan sepenuh hati menjadikan saya seorang isteri yang lebih bahagia, wanita yang bersyukur, dan versi diri sendiri yang paling yakin.
Wanita dahagakan penghargaan! Kami perlu ‘dilihat’ oleh orang yang kami sayang. Wanita perlukan kehadiran anda, bukan hadiah-hadiah anda. Saya suka cara dia sampaikan sayangnya pada saya. Kehadirannya buat saya rasa ‘hidup’,” tulisnya
- SUMBER
- Cari Forum
Baiklah. Kami netijen setuju.
Nsnti aa orang saddddd…..
Mst la dia cakap mcm tu. Dia duda kot. Mestila pengalaman lepas mengajar dia macam2. Apa la yg nak dibanggakan entah.
Bini dia ni macam nak meniru gaya Che Puan Khaleeda isteri TMJ tu. kalau nak meniru tak yah lah.
mawar bengkak jer baca ni. tapi depan media harus nampak gagah tak jeles