fbpx

Fizo Omar Kahwin Hujung Tahun Ini?

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 hari ini, pelakon Fizo Omar meluahkan rasa syukur masih diberi umur yang panjang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizo berterima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan hari lahir kepadanya.

BACA: Sanggup Ketepikan iPhone 12 & PS5, Fizo Omar Beli Skuter Untuk Ibu Ke Surau

Namun lebih menjadi perhatian Fizo turut memaklumkan bilakah dia akan menamatkan zaman dudanya. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada jawapan Fizo itu hanya gurauan atau serius.

Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Terdahulu, Fizo mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019 Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam kini berusia 4 tahun.