fbpx

Pasti ramai tahu mengenai keadaan penyanyi Zamani yang menghidapi masalah tulang belakang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Meskipun tahap kesihatannya tidak lagi seperti dulu, namun ia tidak menghalang Zamani untuk terus aktif dalam bidang seni dan menghiburkan ramai.

BACA: Zamani Tak Malu Jual Makanan Secara Online Untuk Tambah Pendapatan

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok memuat naik video persembahan Zamani di satu majlis berbuka puasa.

@annasoffiya

????#iftar2022 #fyp? #fyp #foryou

? original sound – Anna Soffia – Anna Soffia

Menerusi video itu, pada awalnya Zamani dilihat duduk di atas kerusi ketika menyanyi. Namun kemudian berdiri menyampaikan lagu untuk berinteraksi bersama penonton.

Rata-rata netizen tertumpu kepada fizikal penyanyi berkenaan yang semakin membongkok serta dilihat seolah sukar untuk bergerak.

Dalam pada itu, diruangan komen pengguna TikTok itu berkata Zamani sempat memohon maaf kerana tidak dapat menghiburkan seperti dahulu.

Meskipun ramai yang bersimpati dengan keadaan penyanyi itu, namun tetap memuji suara Zamani yang tetap padu dan merdu sejak dari dulu lagi.

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Zamani diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh.

Pada Mac tahun lalu, Zamani terpaksa menghentikan rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung kerana masalah kewangan dab penyanyi itu kini lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.