fbpx

Fizi Ali Dah Ada Teman Istimewa, Sedia Kahwin Lagi

Pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, penyampai radio, Fizi Ali berkata dia mahu terus bergerak kehadapan dan sedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, bapa kepada seorang cahaya mata itu mengakui selepas bercerai dia merasakan dunianya gelap namun dia kembali bangkit.

BACA: Berhijrah Bukan Sebab Duit, Fizi Ali Mengaku Silap Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut

“Selepas bercerai, saya meratapi nasib sendiri sebab apa yang saya rancang untuk masa depan tidak menjadi. Saya rasa dunia sangat gelap. Kemudian ambil masa berfikir dan kembali bangkit.

“Saya sudah tidak takut dilambung ombak. Kalau kembali bertemu jodoh saya terima,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Sementara itu, Fizi mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita dikenali sebagai Tiz merupakan seorang usahawan sejak enam bulan lalu.

Bersama-sama menguruskan perniagaan menjual pakaian, Fizi berkata hubungan mereka menjadi akrab serta mengakui tiada masalah untuk kembali mendirikan rumah tangga tahun ini.

“Dia adalah wanita yang paling rapat dengan saya sekarang. Kami pun sekarang banyak bercakap soal perniagaan sebab saya baru saja nak mula. Dia pula sebelum ini memang sudah ada perniagaan lain.

“Tentang perkahwinan, saya hanya follow the flow. Usia semakin meningkat dan saya tiada masalah nak kahwin tahun ini. Apa yang penting ialah restu ibu bapa. Jika mereka terima, saya okay sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi turut meluahkan rasa syukur Tiz menerima statusnya duda anak satu, malah wanita itu sudah pun berjumpa dengan anak tunggalnya.

“Mereka mudah mesra dan boleh terima satu sama lain. Orang ramai yang DM untuk kami segera berkahwin. Setiap kata-kata itu adalah doa dan saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada Februari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Ameena Sofia.