fbpx

Fiza Halim Bengang Anak-Anaknya Dihentam Tak Pakai Tudung

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fiza Halim menjadi perhatian ramai apabila berkongsi kegembiraan bertemu dengan dua anak gadisnya selepas beberapa bulan tidak berjumpa.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu dicemari dengan komen negatif netizen di Instagram. Ianya dipercayai apabila ada netizen menyentuh tentang aurat anak-anaknya yang tidak memakai tudung apabila mengakui rambut mereka kelihatan tidak cantik.

BACA: Tiada Niat Tayang Anak, Fiza Halim Tak Izin Anak Jadi Artis

Bengan dengan komen negatif netizen, menerusi satu perkongsian di Insta Story Fiza berkata dia tidak memerlukan khidmat ustaz dan ustazah jadian.

“Maaf ya, saya tak perlukan ustaz atau ustazah jadian dalam ruangan komen saya! Saya kongsi gambar anak-anak hanya untuk peminat yang rindukan perkembangan saya dan anak-anak. Bukan untuk komen jadi ustazah dalam Instagram saya,” katanya.

Fiza turut menegur netizen supaya tidak membuatkan dia dan anak-anaknya kecil hati kerana komen seperti itu lebih elok jika diberikan melalui kiriman mesej (DM).

“Kalau tak suka, sila ‘unfollow’. Jangan kecilkan hati saya dan anak-anak. Bukan tak boleh menerima teguran, tapi kalau nak tegur, boleh mesej DM saya. Bukan secara umum macam ini. Insya-Allah saya akan balas.

“Bila tak kongsi gambar anak, cakap macam-macam. Bila dah kongsi, macam ini pula. Memang susah nak puaskan hati semua orang. Tapi ada aku kisah? Aku tak kisah langsung!” tulisnya.

Untuk rekod, dua anak gadisnya itu iaitu Ferra Aryana, 14, dan Feeya Adyrra, 13 merupakan anak hasil perkahwinan Fiza dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Fiza turut memiliki seorang lagi anak perempuan, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 4, hasil perkahwinan ketiga pada Disember 2016 bersama bekas suami, Aizat Al Jefri.