fbpx

Tiada Niat Tayang Anak, Fiza Halim Tak Izin Anak Jadi Artis

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fiza Halim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anak gadisnya yang sememangnya cantik seperti ibu mereka.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, Fiza berkata dia tidak sangka foto tersebut tular. Ujarnya dia memuat naik gambar berkenaan untuk berkongsi rasa rindu selepas lima bulan tidak bertemu.

BACA: Kecantikan Anak Gadis Fiza Halim Jadi Perhatian

“Saya dah lama tak jumpa anak-anak sebab mereka tinggal bersama bekas suami pertama. Saya memang kalau boleh nak elak jumpa sebab mereka pun tak vaksin lagi.

Bila dah lama tak jumpa, saya post la di Instagram. Tiada niat pun nak show off anak. Sekadar berkongsi sahaja, sampaikan ada netizen DM minta saya jangan kongsi takut ada yang kurang senang atau dengki,” katanya.

Dalam pada itu, Fiza meluahkan rasa syukur bekas suami pertamanya seorang bapa yang bertanggungjawab dan pandai menjaga anak-anak mereka.

“Saya hargai bekas suami yang seorang bapa bertanggungjawab dan pandai mengurus serta menjaga anak-anak kami. Susah nak dapat lelaki macam dia.

Kata Fiza lagi, dia dan bekas suaminya tidak membenarkan dua anaknya itu menceburi bidang seni buat masa ini dan mahu mereka fokus dengan pelajaran.

“Kami tak izinkan mereka ke arah dunia seni. Mungkin bukan waktu sekarang sebab kami nak mereka lebih fokus kepada pelajaran habiskan belajar dahulu, mungkin nanti habis univerisit baru fikir.

“Bila mereka dah besar dan pandai bawa diri barulah boleh buat pilihan. Memang sekarang tidak dibenarkan masuk industri seni pun,” katanya.

Fiza mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, kemudian bercerai pada 2010. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana, 13 dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF pada 2013 namun kemudian bercerai. Pada 2016, Fiza berkahwin kali ketiga dengan juruterbang berstatus duda dua anak iaitu Aizat Al Jefri dan dikurniakan seorang cahaya mata Siti Aleena kini berusia tiga tahun, namun bercerai pada Julai 2019.