fbpx

Firdaus Wong Dedah Perbualan Lucah Didakwa Milik Ebit Lew?

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew. Difahamkan, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.

Terbaru, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew.

BACA: Mangsa Gangguan Seksual Ebit Lew Beri Keterangan, Identiti Dirahsiakan

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat adalah permintaan daripada mangsa untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta menggalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

Firdaus turut berkongsikan perbualan didakwa milik pendakwah itu bersama seorang mangsa yang juga berstatus isteri antaranya permintaan bertukar pasangan serta melakukan seks di hadapan satu sama lain.

Dalam pada itu, Firdaus berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Jelasnya lagi, mangsa-mangsa telah pun membuat laporan polis.

“Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.

“Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

“Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis” tulisnya.