fbpx

Filem Rise Ini Kalilah Paparkan Nilai Perpaduan Yang Sebenar

Sebuah filem yang diinspirasikan daripada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU Ke-14) baru-baru ini, bakal menemui anda 13 September bersempena dengan Hari Malaysia.

Menampilkan konsep jalan cerita yang akan membuka mata penonton mengenai semangat perpaduan dalam menyelamatkan negara tercinta akan melahirkan lagi semagat sebagai rakyat Malaysia dalam diri anda.

Rise Ini Kalilah merupakan filem cereka berdurasi 100 minit yang mendapat inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia.

Di sini, kami nyatakan antara 3 sebab yang akan membuatkan jiwa anda berkobar-kobar untuk menonton filem yang diadaptasikan daripada kisah benar ini.

1. Jalan Cerita Yang Benar

Filem ini akan membawa anda menyusuri latar belakang kehidupan sebenar sebagai rakyat Malaysia yang bergabung tenaga demi matlamat untuk melahirkan rasa cinta terhadap negara yang sebenar.

Kisah yang mengabungkan enam individu berlainan plot cerita ini saling berkait antara satu sama lain. Di mana ada pelajar yang menetap di London dengan sedaya upaya mengirimkan undi pos, seorang ahli perniagaan yang terkongkong dalam emosi ketakutan kerana politik.

Turut menampilkan watak wartawan yang tekad melaporkan kebenaran, seorang polis yang terperangkap dalam dilema untuk memperbetulkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan kisah cinta terlarang antara pasangan dari dua kaum yang berbeza.

2. Barisan Pelakon Yang Berbilang Kaum

Menampilkan watak Remy Ishak sebagai watak utama dalam filem, ini sangat memberi kesan yang mendalam menerusi lakonannya sebagai seorang anggota polis.

Turut berganding bersama Remy adalah Mira Filzah, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Mark O’dea, Sweet Qismina, dan Mustaqim Bahadon.

Untuk pengetahuan anda cerita ini menampilkan pelbagai bangsa di mana di setiap insan itu mempunyai jalan cerita yang tersendiri.

3. Soundtrack Yang Mendalam

Filem yang mengisahkan di sebalik kisah PRU ke-14 ini turut menampilkan lagu Sejahtera Malaysia nyanyi Shila Majid ini amat memberi kesan yang mendalam kepada penonton atas usaha kegigihan anak muda dalam menyuarakan pendapat demi menyelamatkan Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia anda seharusnya menonton filem Rise Ini Kalilah untuk melihat sendiri di sebalik kejadian Pemilihan Raya Umum ke-14.

Bagi yang belum tonton trailer filem ini, jangan risau kami sediakan anda trailer filem Rise Ini Kalilah untuk anda.