Kami rasa 99 dari 100 orang rakyat Malaysia belum pun tonton filem ‘Jalang’.

Yasmin Khanif yang berlakon sebagai teraju utama filem ‘Jalang’ sebagai erm.. jalang kini di’katakan bakal menerbitkan sebuah filem.

Filem yang di’beri judul ‘Chempaka’ itu akan menelan belanja jutaan ringgit.

Dari mana beliau peroleh modal sebesar itu tidak kami ketahui, yang pasti berita ini agak mengejutkan.

Mungkinkah Yasmin Khanif ada perniagaan besar lain sehingga mampu keluarkan jutaan ringgit untuk sebuah filem.

Sebuah filem dengan tajuk yang sama pernah di’arah oleh B.S. Rajhans pada 1948.

Jika filem Yasmin Khanif ini sebuah remake, satu tindakan yang agak berani melaburkan jutaan ringgit untuk sebuah filem recycle.