fbpx

Filem Minggu Ini: Rise of the Planet of the Apes, Lakonan James Franco

Kenapa kami letakkan James Franco dalam tajuk, kerana beliau adalah genius. Wikipedia is your friend now.

Kami baru sahaja selesai menonton filem baru minggu ini, Rise of the Planet of the Apes (RPA) tanpa tajaan dari siapa siapa.

Tidak akan ada review panjang lebar dari kami, komen yang akan kami kemukakan adalah dalam format yang biasa anda dengar.

Ringkasnya, filem ini tidak’lah sehebat mana. Jika tanyakan kepada kami, filem terbaru James Franco ini berada atas garisan antara gagal & hampir gagal.

Jalan cerita sebenarnya agak pendek namun pengarah Rupert Wyatt dan penulis berjaya membawa perasaan penonton meleret-leret.

Filem ini bermula pantas di’permulaan dan beransur menjadi drama untuk babak pertengahan sebelum menjadi filem aksi di’penghujung cerita.

Apa yang menarik adalah filem ini sebenarnya tidak berpihak kepada puak manusia. Mawas mawas bijak ini sebenarnya ‘menang’ di’penghujung cerita.

Kami tidak pernah menonton filem bertajuk Planet of the Apes (2001) namun percaya filem ini tiada kaitan langsung dengan filem tersebut.

Tetapi, terdapat kemungkinan sequel kepada filem ini akan menjadi titik tolak bagaimana sekumpulan mawas bijak boleh berada di’satu planet jauh dari Bumi. Mungkin.

Jika anda mencari filem ringan untuk di’tonton hujung minggu ini bersama rakan-rakan, Rise of the Planet of the Apes boleh menjadi destinasi yang baik.

Rating Rotikaya: 3/5