fbpx

Untuk meminta anda menonton filem ini dengan segera, agak dramatik bunyi’nya namun kami memang mahu anda dapatkan tiket filem ini secepat mungkin & bersedia untuk di’sajikan dengan kisah Perang Dunia Kedua yang penuh drama, persahabatan & erti sebenar setiakawan.

My Way merupakan filem termahal terbitan Korea setakat ini dengan kos pembikinan mencecah US$30 juta dan anda boleh rasakan nilai wang yang di’laburkan dalam setiap adegan yang muncul — jalan cerita, efek visual, lokasi & kesungguhan para pelakon yang terlibat. 

Rentak perjalanan filem ini memang pantas & teratur. Anda tidak akan mempunyai masa untuk sekadar bersandar di’kerusi dan bersenang senang. Filem ini akan membawa anda dari satu peristiwa ke peristiwa lain dengan begitu pantas.

Untuk sesetengah penonton, rentak sebegini mungkin memenatkan dan jika anda leka, pastinya akan terasa filem ini berlangsung cukup lama — dan memang filem ini panjang durasi’nya, 145 minit.

http://www.youtube.com/watch?v=HpYk5ww8Jjc

Lakonan dua pelakon utama filem My Way ini tidak perlu di’pertikaikan. Joe Odagiri dan Jang Dong Gun masing masing berjaya mengekplorasi karakter yang perlu di’bawakan sepanjang filem ini. Kalau anda peminat filem perang, My Way lebih dari sekadar bunyi tembakan & ledakan rawak — ia’nya bakal menyentap emosi anda sehingga ke akhir cerita.

Rotikaya Rating: 4/5