fbpx

Filem Minggu Ini: Bunohan

Pengarah: Dain Said

Barisan Pelakon: Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Bront Palarae dan supermodel, Azura

Kalau anda peminat dunia hiburan Malaysia & ternanti nanti sebuah karya filem yang boleh di’angkat. Bunohan adalah filem’nya.

Kami agak terkejut selepas habis menonton filem ini kerana kami menyangkakan ia’nya sebuah filem kickboxing tetapi filem ini lebih kepada kisah masyarakat & isu kekeluargaan.

Aksi kickboxing menjadi pembuka cerita dalam filem ini dengan menampilkan Adil (Zahiril Adzim) yang sanggup menerima perlawanan ala kalah mati tetapi di’selamatkan oleh rakan beliau apabila Adil kelihatan tidak mempunyai nasib atau peluang untuk menang. 

Pemilik kelab tomoi, yang tidak berpuas hati dengan tindakan Adil dan rakan beliau telah menghantar pembunuh upahan, Ilham (Faizel Hussein) & di’sinilah bermula drama yang epik, Adil & Ilham merupakan adik beradik tiri.

Keluarga Adil dan Ilham sebenarnya kembali bersatu dengan cara yang tragik apabila kehadiran Bakar yang kembali menjaga ayah mereka semata mahukan sebidang tanah di’pesisir pantai untuk kepentingan peribadi.

Kami sukakan gaya fotografi filem ini yang sebenarnya tidak pernah ada dalam mana mana lambakan filem Malaysia mutakhir ini — pengarah cinematografi dari Thailand, Charin Pengpanich.

Ini filem yang wajib tonton untuk anda semua rakyat Malaysia. Tetapi, jika anda lebih gemarkan filem yang tidak memerlukan anda berfikir, Bunohan bukan filem anda semua. Filem Dain Said ini bisa buat otak anda nyilu.

Rotikaya Rating: 5/5