fbpx

Filem Men In Black: International Kembali Hangatkan Pawagam Jun Ini!

Setelah hampir 7 tahun, filem kegemaran ramai sunyi, kini pada tahun 2019 filem Men In Black: International kembali menggegarkan pawagan dengan misi terbaru.

Jika dahulu filem Men In Black ini dibintangi oleh pelakon terkenal Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai watak utama yang berbaju hitam.

Namun kali ini misi masih diteruskan tetapi dengan lakonan mantap oleh Cris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai watak utama dalam Men In Black: International.

Lebih dasyat dan mempunyai lebih banyak misi di dalam Men In Black: International ini yang akan membuatkan anda tak sabar untuk menonton filem bergenre action komedi arahan F. Gary Gray.

Secara ringkasnya, Cris Hemsworth mewakili agen H bergabung bersama Tommy Lee Jones dari agen M yang mempunyai misi yang sama iaitu menyelamatkan bumi daripada serangan alien.

Agen rahsia Men in Black: International berpusat di London, terlibat dalam serangan alien yang membuat mereka berkeliling dunia untuk menyelamatkan penduduk daripada ancaman terbesar yang didalangi oleh sekumpulan alien.

Tapi jangan anda tak tahu, selain agen H dan agen M terdapat banyak watak-watak baru yang akan beraksi dalam filem ini. Sebagai contoh adalah Rebecca Ferguson, Liam Neeson, Emma Thompson, Rafe Spall, Kumail Nanjiani, Stephen Wight, Jess Radomska, Andy Beckwith, Nasir Jama, Les Twins, Penelope Kapudija, Davina Sitaram, dan Viktorija Faith.

Lebih menarik lagi setiap daripada mereka mempunyai peranan masing-masing dalam filem yang bakal menggegarkan pawagam Jun ini.

Peminat tegar filem aksi komedi ini jangan lupa untuk terjah pawagam berdekatan anda untuk lihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku dan mampukah agen H dan agen M menyelamatkan dunia daripada serangan alien.

Yang paling penting, akan wujud beberapa alien yang cute untuk menjatuhkan misi Cris Hemsworth dan Tommy Lee Jones. Sama-sama kita saksikan kesudahan filem Men In Black: International ini nanti.

Nah kami belanja anda trailer Men In Black: International untuk bakar lagi semangat anda terjah pawagam nanti.